Sunday, August 21, 2011

Seorang Wanita DApat Menarik 4 Orang Lelaki Ke Neraka


Seorang wanita, pada hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Pertama:- ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sembahyang, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Dia hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim yang sembahyangnya tidak ditangguhkan, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga martabat wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja sedangkan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat


Keempat:- anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, nantikan tarikan ibunya


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.

Jadi kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak wajib memainkan peranan mereka yang sebenarnya mengikut yang dituntut dalam Islam.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Wednesday, August 10, 2011

Dugaan Bulan Pose


Sedar tak sedar dah 10 hari kita berpuasa...Alhamdulillah Tuhan masih memanjangkan umur kita utk sma2 berlumba mngerjakan amal ibadah di bulan ramadhan yg mulia ni..Bulan ramadhan ni adalah bulan yg teramat istimewa kerana stiap amalan kebajikan yg dilakukan, ganjaran yg Allah berikan adalah berlipat kali ganda amat berbeza berbanding di bulan yag lain...
Memang bulan ni bulan yg mulia,tapi sayangnya masih ramai msyarakat kita blum tahau erti mnghormati bulan yg mulia ni..aku bukanya ape,bukanya nak tunjuk alaim atau mengutuk org lain...tapi sekadar meluahkan rasa tak puas hati pada bangsa seagama dengan ku..macam contoh di tempat yg aku tinggal sekarang, bandar baru salak tinggi, boleh dikatakan stiap petang pada bulan ramadhan aku akn mngunjungi bazar rmadhan untuk mncari juadah berbuka. Setiap kali aku pergi ke bazar tu,mesti pahala puasa aku akan berkurangan,mcm aku buat bnda yg sia2 plak...mane tak nya, kbanyakan pngunjung yg dtg ke bazar ni bleh dikatakn berpakain tidak mnutup aurat dn menjolok mata...Adooiii...naik pening kpala aku,terlintas dihati aku "diaorg ni xthu nak hormati bulan puasa ke"...dah la berpakaian ketat,lepas tu dedah sane dedah sini,ish naik berbulu mata aku dibuatnya....tak tahu malu ke diorg ni..tak reti bahasa ke skarang ni bulan ape,ke masa kcik2 dlu tak belajar pasal agama?org bkn islam pun tahu mghormati bulan puasa,pakaian meraka lagi sopan kalu nak dibandingkan dengan pakaian org melayu yg beragama islam...
Ape nak jadi la dunia zaman sekarang ni...samapai bila harus jadi mcm ni?tak kan la setiap kali aku g bazar aku kena pejam mata,atau pon jalan tunduk?mcam mane aku nak cari juadah untuk berbuka???? mmg kuat sungguh dugaan di bulan puasa ni... wlaupun aku dh cube elakan dripada tengok org2 yg tak reti bahasa ni,kadang2 tu memang terpandang jugak...Adoiii.... nk buat macam mane,aku ni seorang insan yg lemah..tak sanggup aku nak lalaui semua ni....

ya Allah...aku berdoa padaMU dibulan yg mulia ni,Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka2 ni untuk berubah...Amin ya rabbal alamin....