Saturday, November 5, 2011

5 Mutiara Kata Tok Guru Nik Aziz....




➊~Akhlak Yang Baik...
"Banyak pihak mendakwa bahawa orang Islam hanya akan dihormati jika ekonominya kukuh. Saya tidak bersetuju. Apa guna ekonomi kukuh jika menjadi perasuah, penipu dan pengkhianat? Apa yang paling penting ialah akhlak yang baik. Sehingga matlamat utama diutuskan Nabi Muhammad SAW ialah menyempurnakan akhlak yang baik."

➋~PAS Mesti Ganti UMNO
"... PAS mesti ganti UMNO. Di Kelantan, apa yang tiada? Jika didakwa di Kelantan tiada pembangunan, maka jelas sekali orang begini berjalan mendongak ke langit. Di Kelantan, ada pembangunan. Tetapi saya tidak bangga dengan membuat pembangunan, kerana negara komunis pun ada pembangunan. Apa yang kita bangga ialah melaksanakan Islam dengan harapan ia menjadi jawapan di dalam kubur kelak.."

➌~Allah Yang Menciptakan Manusia Berbangsa-Bangsa
"Bila sebut Allah, Allah itulah yang buat langit yang kita junjung, bumi yang kita pijak dan udara yang yang kita gunakan. Allah itu jugalah yang buat bangsa-bangsa yang ada di dunia ini, tujuannya untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain bukannya untuk bermegah-megah dengan darah keturunan kita.."

➍~Hidup Setelah Mati
"Bila masuk ke dalam kubur, kita tidak bawa duit lagi untuk belanja, nasi tidak dibawa untuk dimakan dan air juga tidak dibawa untuk diminum. Gelaran dato, tok guru atau apa jenis sanjungan tidak akan dibawa. Pada masa itu, yang akan dicari ialah Nabi Muhammad SAW. Jumpakah kita dengan Nabi kalau di dunia kita melawan baginda?"

➎~Kewajipan Solat
"Saya berpesan kepada kita semua agar menjaga ibadat solat sekalipun berada di padang bola sepak. Kalau di padang bola sepak, tuan-tuan akan berhati-hati agar tidak dikenakan kad merah tetapi kalau dalam berkaitan dengan solat, kad merah juga boleh dilayangkan oleh malaikat..

Besarnya erti doa ketika duduk antara dua sujud


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud..

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

... Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

☛Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

☛Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

☛Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
☛Warfa'nii (angkatlah darjatku)
☛Warzuqnii (berilah aku rezeki)
☛Wahdinii (berilah aku petunjuk)
☛Wa'Aafinii (sihatkan aku)
☛Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita;

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Sunday, October 23, 2011

Kelantan Encyclopedia


1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. B...ekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggang org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising

Sunday, October 16, 2011

Tegak Islam bukan kerja main-main

PAS mengingatkan orang Melayu Islam di negara ini agar berpegang kepada kerajaan yang berasaskan ajaran Islam.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan orang Melayu yang beragama Islam mesti berpegang kepada ajaran Islam.

Justeru, katanya kerja-kerja menegakkan Islam serta ajarannya bukan suatu kerja ‘main-main’.

"Kerja (tegak Islam) ini bukan kerja main-main, kerja ini kerja tuntutan daripada Allah SWT. Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan," jelasnya.

Menurutnya, al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sejak 1,400 tahun lalu merupakan pegangan bukan hanya kepada orang Melayu sahaja tetapi seluruh manusia.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan yang memerintah mampu melaksanakan Islam.

Oleh itu, katanya Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi Perdana Menteri ketika memerintah Madinah sekaligus menolak dakwaan Umno yang memisahkan politik daripada agama.

"Nabi Muhammad s.a.w. meninggal ribu-ribu tahun dulu, yang tinggal al-Quran. Al-Quran menjadi pegangan hidup manusia, bukan sahaja hidup Melayu.

“Melayu ke dia, Cina ke dia, Inggeris ke dia, asalkan dia manusia bukan kayu, batu, bukan haiwan wajib ke atas dia dari segi agama kena ikut Quran.

"Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah jika tidak Nabi Muhamad s.a.w.," ujarnya kepada media selepas merasmikan Himpunan PAS Ganti Umno, PR Ganti BN di Pantai Pandak Chendering, dekat sini, semalam.

Justeru, kata beliau kerajaan yang mengambil bukan Islam dan kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Friday, September 2, 2011

projek2 pencakar langit yg akan dibina di KOTA BHARU

InsyaAllah...tidak lama lagi rakyat kelantan di bawah pentadbiran tok guru yang mengamalkan pemerintahan berpaksikan alQuran dan sunnah dengan motto kerajaan kelantan "Membangun Bersama Islam" akan mengecapi revolusi pembagunan pesat yang sekarag ni giat dalam perangcangan. Antara pembangunan dalam perangcangan ialah..


Projek lembah sireh...

Fasa kedua KB Mall

Renovetion hotel perdana.


Projek lembah sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing sungai kelantan yang melibatkan kos kira-kira RM2 billion.



Bazar tok guru


1 residence,yang akan dibina dijalan abdul kadir adabi...owner datuk sani

Airport KB mencatat tempat ke-3 paling sibuk di Malaysia pada 2010 selepas KLIA dan Penang dimana seramai 1.05 juta penumpang telah menggunakan terminal yang dibina hanya untuk kapasiti 1.5 juta dengan 16-17 penerbangan sehari. Bermula 2011, kadar penerbangan telah meningkat kepada 20 penerbangan sehari. Kenyataan wakil Malaysia Airport Berhad dalam mesyuarat Tindakan Pembangunan Jajahan Kota Bharu bil 1/2011@ 22 Feb 2011


Hotel wakaf MAIK kota bharu bernilai RM20,000,000.00 setinggi 7 tingkat(107 buah bilik) di lot 2136 mukim panchor,jalan raja perempuan zainab II,panji, kota bharu.


Pavilion Tunjung..


Anjung vista 23 tingkat,kubang kerian...


Thursday, September 1, 2011

Terima Kasih Tok Guru


Allhamdulillah.....kepulangan aku kebumi bertuah negeri kelantan disambut dengan begitu meriah oleh kerajaan negeri kelantan...Pada 2 syawal 1432H bersamaan 31 ogos 2011 kerajaan kelantan telah mengadakan mesra aidilfitri anak kelantan di perantauan..

Walaupun rasa kepenatan beraya di rumah sanak saudara pada sebelah siangnya,aku tetap juga berusaha pergi ke majlis aidilfitri pada sebelah malamnya yang diadakn di PUTIK pengkalan chepa...Rasa semangat berkobar-kobar untuk pergi ke majlis aidilfitri tu yang diadakan pada setiap tahun...aku amat beruntung kerana mempunyai seorang menteri besar yang tidak pernah melupakn rakyatnya yang berda di perantaun...

Terima kasih Tok guru kerana meraikan kami pada pada majlis tu,kami rakyat kelantan di perantaun amat menghargai dengan ape yang tok guru buat untuk meraikan kami semua..memang tok guru sentiasa dihati kami semua...

Walaupun tok guru nampak kepenatan pada malam tu,tapi tok guru tetap gagahkan keringat untuk mnnyampaikan amanat untk kami semua....jelas nampak kegembiraan pada raut muka tok guru dengan kehadiran kami semua.

Walaupu tok guru tidak berucap panjang pada malam tu akibat kesihatan tok guru yang tidak berapa mengizinkan untuk tok guru berucap lebih lama,tapi masa lebih kurang 30 minit tok guru berucap bnyak memberi nasihat dan peringatan kepada kami semua..... memang cukup untuk dijadikan bekal dibawa pulang ke tempat kami bekerja kelak...

Segala amanat dan pesanan tok guru pada malam tu akan kami semat sebaik mungkin dihati kami,dan kami akan laksanakan bila berda di tempat orang kelak,itu janji kami anak perantau untuk tok guru yang kami cintai....


Sunday, August 21, 2011

Seorang Wanita DApat Menarik 4 Orang Lelaki Ke Neraka


Seorang wanita, pada hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Pertama:- ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sembahyang, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Dia hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim yang sembahyangnya tidak ditangguhkan, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga martabat wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja sedangkan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat


Keempat:- anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, nantikan tarikan ibunya


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.

Jadi kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak wajib memainkan peranan mereka yang sebenarnya mengikut yang dituntut dalam Islam.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.