Thursday, September 1, 2011

Terima Kasih Tok Guru


Allhamdulillah.....kepulangan aku kebumi bertuah negeri kelantan disambut dengan begitu meriah oleh kerajaan negeri kelantan...Pada 2 syawal 1432H bersamaan 31 ogos 2011 kerajaan kelantan telah mengadakan mesra aidilfitri anak kelantan di perantauan..

Walaupun rasa kepenatan beraya di rumah sanak saudara pada sebelah siangnya,aku tetap juga berusaha pergi ke majlis aidilfitri pada sebelah malamnya yang diadakn di PUTIK pengkalan chepa...Rasa semangat berkobar-kobar untuk pergi ke majlis aidilfitri tu yang diadakan pada setiap tahun...aku amat beruntung kerana mempunyai seorang menteri besar yang tidak pernah melupakn rakyatnya yang berda di perantaun...

Terima kasih Tok guru kerana meraikan kami pada pada majlis tu,kami rakyat kelantan di perantaun amat menghargai dengan ape yang tok guru buat untuk meraikan kami semua..memang tok guru sentiasa dihati kami semua...

Walaupun tok guru nampak kepenatan pada malam tu,tapi tok guru tetap gagahkan keringat untuk mnnyampaikan amanat untk kami semua....jelas nampak kegembiraan pada raut muka tok guru dengan kehadiran kami semua.

Walaupu tok guru tidak berucap panjang pada malam tu akibat kesihatan tok guru yang tidak berapa mengizinkan untuk tok guru berucap lebih lama,tapi masa lebih kurang 30 minit tok guru berucap bnyak memberi nasihat dan peringatan kepada kami semua..... memang cukup untuk dijadikan bekal dibawa pulang ke tempat kami bekerja kelak...

Segala amanat dan pesanan tok guru pada malam tu akan kami semat sebaik mungkin dihati kami,dan kami akan laksanakan bila berda di tempat orang kelak,itu janji kami anak perantau untuk tok guru yang kami cintai....


No comments:

Post a Comment