Jawapannya: Siapa-siapa yang pergi ke Kelantan, mereka akan melihat pembangunan yang begitu pesat membangun. Sekarang MPBK ( Perbadanan Menteri Besar Kelantan) sedang menjalankan beberapa program seperti projek Bandar baru Tunjung, Madinatul Raudhah, bazaar Tok Guru dan Kelantan Stonor Tower.
Bandar Satelit Kota Bharu ini sedang dalam pembinaan terletak di Kubang Kerian dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011 selain mempunyai ciri-ciri moden dan islamik.
Bangunan Kota Bharu Trade Center ini hampir siap sepenuhnya dibina di atas tapak pasar malam Parit Dalam menempatkan ruang niaga serta menjadi tempat tumpuan di tengah Bandaraya Kota Bharu.
Bazar Tok Guru sebuah bangunan yang mempamirkan rekabentuk islamik terletak diatas kawasan balai polis lama kota bharu juga giat menjalani proseses pembinaan yang dijangka siap 2012 ini.
Kota Bharu Mall (KB Mall) adalah antara pusat membeli belah yang terkemuka terdapat di bandar kota bharu.
Bandar Baru Tunjung terletak di jalan kuala kerai yang mana sekarang ini sedang giat menjalani proses pembangunan dijangka siap tidak lama lagi.
Menara Kelantan Trade Center telah siap pada awal tahun ini menempatkan ruang pejabat 28 tingkat dan pusat Konvensyen yang moden di litupi bumbung berbentuk kubah di bina berhadapan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Tentang jalanraya kita akui,kerajaan pusat yang buat, tetapi munasabahlah kerana setiap cukai dalam negeri semuanya kerajaan pusat yang ambil melainkan cukai tanah sahaja yang dapat kepada kerajaan negeri.Siapa-siapa yang memerintah Negara, samada UMNO, PAS,ASLI dan sesiapa sahaja maka mereka bertanggungjawab melaksanakan infrastruktur asas ini.
Manakala Masjid di Kelantan adalah peruntukan daripada MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan).Langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan pusat.
Jadi dimanakah buktinya kelantan adalah sebuah negeri yang mundur?.Bagi sesiapa yang membaca artikel ini,usahlah mendengar khabar angin dari orang lain,jemputlah datang sendiri melawat negeri kelantan,negeri yang masyhur dengan jolokan Serambi Mekah yang berada dibawah pentadbiran seorang ulama' yang disegani ramai.
No comments:
Post a Comment