Thursday, August 27, 2009

Isu Arak Model Sambilan(Khartika)

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan kes model sambilan, Khartika yang telah disabitkan meminum arak dikhalayak ramai dimahkamah syariah Pahang. Beliau telah memilih sebatan sebagai hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas beliau. Namun ada pihak-pihak tertentu yang mahu Khartina membuat rayuan dan diringankan hukuman. Terus terang saya naik mual dengan orang-orang seperti ni. Mereka mempunyai pemikiran yang sempit dan sememangya tidak pernah susah. Mahu terlepas semua hukuman walaupun terang-terangan melakukan kesalahan. Hukuman akan menjadi ringan atau terlepas hanya jika seseorang itu tidak tahu dia meminum arak atau dipaksa meminum arak. Dalam kes Khartika, saya yakin beliau meminum arak dengan sengaja.

Saya tidak tahu adakah hukuman sebat yang bakal dijalankan oleh mahkamah syariah itu benar-benar mengikut hukum hudud atau tidak. Dalam qanun jinayah Syar’iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. – Riwayat Muslim.

Tetapi jangan cepat melenting,Islam itu adalah sebuah agama yang lemah lembut. Bagaimana pula cara sebatan mengikut Islam sehinggakan di Malaysia yang menggelarkan dirinya sebagai negara Islam tidak mempunyai walau seorang pun tukang sebat bagi hukuman cara Islam. Amat sedih bagi sebuah negara yang telah mencapai 52 tahun kemerdekaan tetapi masih dibelenggu sistem penjajah. Berikut adalah cara sebatan Islam dan cara sebatan sekular dari penjajah. Yang mana anda pilih?

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SEKULAR
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar

SEBAT CARA ISLAM:

KESAN SEBAT CARA SEKULAR (SIVIL):


Islam mengenakan sesuatu hukuman sebagai peringatan dan pengajaran kepada pesalah dan orang ramai. Itulah indahnya agama dari Allah.

Kisah burung pipit


Spesis: Burung pipit
Nama saintifik: Passer (true sparrow)
Zaman Nabi Ibrahim

Sejarah: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya saya telah menjalankan tanggungjawabnya, tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.


Iktibar dan Pengajaran:

1) Sebagai seorang insan yang mengaku beragama Islam, apakah usaha kita untuk menegakkan syiar kebenaran Islam? Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina dan dicerca?

2) Usaha yang kecil, namun dikerjakan secara berterusan. Lebih baik ertinya daripada usaha yang kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. bagaimana pun, ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa...

3) Ada juga insan yang merasa takut untuk menegur pemimpin kerana beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yang tidak punyai pangkat atau jawatan.

4) Jadilah insan yang benar-benar berjiwa merdeka, apa makna merdeka? maknanya kita bebas dan tidak takut dan tidak memperhambakan diri kepada manusia. Jadilah insan berjiwa merdeka yang tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yang benar tanpa rasa gementar dengan ancaman dan ugutan manusia.

5) Niat kita mesti betul, dalam perjuangan niat kita wajib diperbetulkan. Kita berjuang kerana Allah. Parti politik hanya sebagai wadah atau platform untuk berjuang. Kalau kita puja bunga, bunga kan layu. Kalau kita berjuang dan memuja pemimpin, pemimpin juga akan mati.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Tuesday, August 25, 2009

Menjadi Pemerhati Yang Hebat


"Alahai... mengapalah aku cakap macam tu.." , "teruk betul la aku ni, camna aku leh buat benda bodoh macam ni.."

Ungkapan sebegini sering kali terjadi didalam hidup manusia kebanyakan. Tindakan2 melulu ini yg selalunya tidak sengaja/tanpa sedar sering membuat kita berhadapan dengan keputusan atau hasil tindak balas yg tidak menyenangkan, baik dari segi hubungan suami isteri, ibubapa dan anak hinggalah ke pergaulan seharian dengan rakan2 atau teman pejabat.

Apabila saya tulis "Menjadi Pemerhati Yang Hebat", adakah saya bermaksud memerhatikan persekitaran kita dari pandangan mata? Memerhatikan manusia lain? Apa yg berlaku diluar diri kita ini? Atau pemerhatian dari lain2 deria yg setiap saat menghantar lebih 200ribu isyarat ke otak? Sebenarnya maksud saya "pemerhati yg hebat" adalah mereka yg boleh memerhatikan diri sendiri, "memerhatikan" apa yg difikirkan, dalam kata lain sedar situasi minda, sentiasa tahu apa yg sedang bermain difikiran dan juga perbuatan atau tingkahlaku atau perangai yg seiring dengannya.

Dari fikiran jadi tindakan, dari tindakan jadi habit atau kebiasaan, dari habit ini jadi nilai hidup kita dan dari nilai hidup tadi yg akan menentukan arah tuju dan situasi kehidupan kita, jadi bukankah memerhatikan fikiran kita itu suatu yg perlu diberi keutamaan? Pastikah kita mempunyai sifat2 pemerhati yg hebat ini? Jawapannya boleh dilihat dengan keadaan hidup kita sekarang ini, apa yg kita perolehi dan rasakan pada diri kita adalah hasil dari corak pemikiran yg lepas2, jika anda gembira, alhamdulillah, jika sebaliknya, bukankah tiba masanya untuk mengubah pemikiran kita?

Apakah mekanisme atau bahagian didalam diri kita ini yg membantu kita menjadi pemerhati kepada fikiran kita? Jawapannya adalah tidak lain selain dari lobus depan (frontal lobe/prefrontal cortex). Frontal lobe yg mengawal fokus, anda tidak rasai baju yg anda pakai hingga anda menbaca ayat saya ini, anda lupa pada pertengkaran dengan rakan sebentar tadi sehingga saya mengingatkan anda. Frontal lobe yg membolehkan anda fokus atau tumpukan fikiran anda terhadap apa yg bermain didalam minda anda.