Thursday, August 27, 2009

Isu Arak Model Sambilan(Khartika)

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan kes model sambilan, Khartika yang telah disabitkan meminum arak dikhalayak ramai dimahkamah syariah Pahang. Beliau telah memilih sebatan sebagai hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas beliau. Namun ada pihak-pihak tertentu yang mahu Khartina membuat rayuan dan diringankan hukuman. Terus terang saya naik mual dengan orang-orang seperti ni. Mereka mempunyai pemikiran yang sempit dan sememangya tidak pernah susah. Mahu terlepas semua hukuman walaupun terang-terangan melakukan kesalahan. Hukuman akan menjadi ringan atau terlepas hanya jika seseorang itu tidak tahu dia meminum arak atau dipaksa meminum arak. Dalam kes Khartika, saya yakin beliau meminum arak dengan sengaja.

Saya tidak tahu adakah hukuman sebat yang bakal dijalankan oleh mahkamah syariah itu benar-benar mengikut hukum hudud atau tidak. Dalam qanun jinayah Syar’iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. – Riwayat Muslim.

Tetapi jangan cepat melenting,Islam itu adalah sebuah agama yang lemah lembut. Bagaimana pula cara sebatan mengikut Islam sehinggakan di Malaysia yang menggelarkan dirinya sebagai negara Islam tidak mempunyai walau seorang pun tukang sebat bagi hukuman cara Islam. Amat sedih bagi sebuah negara yang telah mencapai 52 tahun kemerdekaan tetapi masih dibelenggu sistem penjajah. Berikut adalah cara sebatan Islam dan cara sebatan sekular dari penjajah. Yang mana anda pilih?

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SEKULAR
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar

SEBAT CARA ISLAM:

KESAN SEBAT CARA SEKULAR (SIVIL):


Islam mengenakan sesuatu hukuman sebagai peringatan dan pengajaran kepada pesalah dan orang ramai. Itulah indahnya agama dari Allah.

No comments:

Post a Comment